Pada 24 Sepetember 2005, Kelab Doktor Muda SK Jln Hj Baki telah menjuarai pertandingan sketsa kesihatan yang diadakan di SK Muara Tebas, Kuching semasa Hari Doktor Muda Bahagian Kuching 2005.
Kelab Doktor Muda mula ditubuhkan pada 5 Januari 2005. Sekolah ini adalah antara 4 buah sekolah printis di Sarawak untuk menjalankan program Doktor Muda ini.
Jumlah ahli ketika itu hanyalah 30 orang pelajar dan 2 orang guru. Kini kelab ini mempunyai 45 orang ahli yang dibimbing oleh 6 orang guru. Sejak ditubuhkan banyak anugerah telah di perolehi setanding dengan usaha gigih semua ahli kelab dan pihak sekolah.